Kita ini musafir getir di padang pasir
panas pasir dibakar mentari
Sentiasa menduga teguh langkah kaki
Walau setelah bertutup berjubah
Debu dosa tetap mengusap wajah
Oh! betapa berpulas kita menahan belai
tiup lembut jahiliah yang menggugah
yang selalu melenakan di tempat singgah
hirupan air di fatamogana serasa lega
kerana bisa wahan telah merasuk jiwa
Bangunkanlah!
Bangunkanlah yang lena itu!
Lihatlah bintang di langit sana,
Dia menyuluh ke kampung kita
Yang punya telaga besar
berhias indah
Kita yang berwahan
perlu berjaga
kalau menelan,
Kibaslah jubah
Sapulah wajah
kerana kita yang berdebu
memang wajar sentiasa
menngibas dan menyapu
maju dan terus maju!
-Aamir Wiranata
Pelangi Pagi
"bahawa sesungguhnya, setiap kesukaran disertai kemudahan" - Al-Insyirah
Rabu, 20 Februari 2013
Jumaat, 15 Februari 2013
Bebola Api di Langit Pagi
Bismillahirrahmanirrahim...
Saya memang biasa mengulangkaji sambil berlatarbelakangkan bunyi-bunyian alunan pembaca berita di kaca TV. Semalam, mata saya terpaku sebentar setelah melihat berita tentang meteor melanda tanah Rusia. Saya sambung ulangkaji kemudian tidur.
***
bebola api di langitraya Rusia
Dan saya bangun pada hari ini untuk berkongsi dengan anda semua tentangnya. Barangkali, ada ibrah atau pengajaran yang boleh kita ambil dari peristiwa ini.
Pada hari Jumaat yang lepas (semalam), 15 Februari 2013, sebuah meteorit meluncur-dengan kilau nyalaan api, menerangi langit Rusia. Apabila tiba di sebuah kawasan di tengah Rusia (Chelyabinsk) meteor ini kemudiannya meletup dan menghasilkan apa yang digambarkan sebagai hujan meteor. Impak gelombang dari letupan ini mengecaikan kaca-kaca di tingkap-tingkap dan menggegarkan bangunan-bangunan di sekitar Chelyabinsk. Menteri Dalam Rusia melaporkan bahawa lebih kurang 1200 orang telah tercedera dan sekurang-kurangnya 200 daripada jumlah itu adalah kanak-kanak. Menurut agensi angkasa Rusia, Roscosmos, bebola api ini bergerak dengan kelajuan 30 km per saat, meninggalkan jalur asap putih yng besar dan panjang, sehingga boleh dilihat dari jarak 125 batu. "Meteor tersebut, dengan berat kira-kira 10 tan dan mungkin terdiri daripada besi, telah menembusi atmosfera bumi kemudian terpecah di paras 30 atau 50 kilometer dari paras tanah" kata Akademi Sains Rusia.Sumber- Reuters dan Bernama
Ini pula video yang saya jumpa di ruang youtube, yang menunjukkan bagaimana bebola api ini meluncur di langit Rusia. Seperti yang dilihat di dalam video, kejadian ini berlaku pada waktu pagi.
***
Percayalah, sesungguhnya tiada 'kebetulan' di dalam dunia kita yang fana ini. Segalanya sudah termaktub menurut Sunnatullah dan terhimpun di Luh Mahfuz. Selalu kita dengar, lihat di kaca TV atau mengalami sendiri bencana-bencana alam yang mengorbankan ribuan nyawa, merugikan wang berjuta. Manusia, (kita) kebanyakan terlatah mengata tentang kiamat yang makin hampir atau mengagumi kehebatan alam semulajadi. Kita selalu bertanya "bagaimana kejadian itu berlaku?".Sebaiknya, soalan yang lebih penting untuk kita tanya ialah mengapa dan untuk apa kejadian ini berlaku...
Kita fikirkanlah bersama,...
Langgan:
Catatan (Atom)